Program Tautan Kasih bersama Pelajar UiTM Shah Alam

20 May 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 19 May 2018 yang lalu, Pusat Internet PPR Kg. Baru Air Panas telah bekerjasama dengan PI PA Desa Rejang, PI PPR Seri Semarak, PI PPR Seri Semarak dan pihak pelajar Uitm Shah Alam bagi menjayakan program Program Tautan Kasih bersama Pelajar UiTM Shah Alam khusus untuk pelajar-pelajar renang wanita Uitm Shah Alam.

Tujuan program ini diadakan adalah untuk Tujuan program ini diadakan adalah untuk menjalinkan hubungan antara pihak pengurusan Pusat Internet PPR Kg Muhibbah bersama Pusat Internet PPR Pinggiran Bukit Jalil, Pusat Internet PPR Seri Semarak dan Pusat Internet PPR Kg Baru Air Panas dengan pelajar institusi pengajian tinggi.

Selain itu, program ini juga bertujuan untuk memperkenalkan Pusat Internet serta fungsinya kepada pelajar tersebut. Hal ini secara tidak langsung dapat menarik minat pelajar IPT untuk berkunjung ke Pusat Internet dan menggunakan Pusat Internet sebagai salah satu tempat untuk mereka mendapatkan sumber rujukan.. Antara program yang dijalankan adalah penghasilan video kreatif dengan tema “Sebenarnya.my” dengan menggunakan telefon pintar dan Swafoto kreatif dengan tema KDB

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali