Program Advokasi & Internet Be Awsome Bersama Pelajar SMK Segambut

1 Februari 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 31 Januari 2019 yang lalu, Pusat Internet PPR Kg. Baru Air Panas telah dijemput untuk menjadi penceramah di SMK Segambut. Program ini diadakan di SMK Segambut yang dihadiri oleh pelajar-pelajar dan guru-guru sekolah tersebut. Objektif program ini juga bertujuan untuk memperkenalkan Pusat Internet serta fungsinya kepada pelajar tersebut.

Hal ini secara tidak langsung dapat menarik minat pelajar IPT untuk berkunjung ke Pusat Internet dan menggunakan Pusat Internet sebagai salah satu tempat untuk mereka mendapatkan sumber rujukan. Selain itu, memberikan pengetahuan mengenai Klik Dengan Bijak (KDB), Advokasi, E-Waste, Check Your Label, dan Sebenarnya.my kepada pelajar-pelajar serta guru-guru di SMK Segambut. Program Advokasi & Internet Be Awsome Bersama Pelajar SMK Segambut yang berlansung di SMK Segambut, selama 3 jam bermula dari 11 pagi ini dihadiri oleh pelajar-pelajar dan guru-guru dari SMK Segambut dan kelas tamat pada pukul 2.00 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali