Karnival Perpaduan Komuniti 2019

8 September 2019 | Aktiviti Terkini

Karnival Perpaduan Komuniti telah selamat berlangsung pada 7 September 2019 di perkarangan parking bertingkat Blok B PPR Intan Baiduri. Pelbagai aktiviti dijalankan antaranya pemeriksan kesihatan percuma oleh KOSPEN Intan Baiduri dengan kerjasama Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Pru Kasih dari Bank Simpanan Nasional, pameran oleh pelajar Giat Mara Kepong, gerai jualan, pertandingan gubahan dan lain-lain lagi.

Pusat Internet juga turut terlibat secara tidak langsung dalam karnival ini. Dengan kerjasama Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Intan Baiduri, pelbagai aktiviti dilakukan oleh staf pusat internet seoerti edaran risalah MyTV, penerangan tentang kempen-kempen yang dijalankan oleh SKMM, membuat puzzle online dan lain-lain lagi.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali