LATIHAN USAHAWAN BERPRESTASI TINGGI PUSAT INTERNET (PI) URBAN POOR - KUALA LUMPUR DAN SELANGOR

29 Julai 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 27 dan 28 julai yang lalu, telah berlangsung Program Pembangunan Latihan Usahawan Berprestasi Tinggi Pusat Internet (Pi) Urban Poor - Kuala Lumpur Dan Selangor Bagi Latihan Keusahawanan Siri tambahan oleh Institut Perusahaan Kecil dan Sederhana (ISME) Universiti Malaysia Kelantan (UMK) di Hotel Ragency, Kuala Lumpur.

Peserta terdiri daripada Pengurus dan Penolong Pengurus Pusat Internet Urban Poor KL dan Selangor. Antara modul yang dipelajari adalah komunikasi. Peserta didedahkan tentang penggunaan modul ini untuk memulakan perniagaan. Aktiviti  telah diadakan untuk peserta lebih jelas tentang penggunaan komunikasi berkesan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali