Aktiviti Mengacau Bubur Asyura Bersama PAWE

12 September 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 11 September 2020 yang lalu, berlangsungnya aktiviti Mengacau Bubur Asyura bersama PAWE (Pusat Aktiviti Warga Emas) Setiawangsa. Aktiviti ini diadakan dibilik aktiviti PAWE bersama ahli – ahli PAWE dan komuniti setempat yang berbilang kaum. Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk mengeratkan lagi hubungan antara ahli – ahli PAWE dengan komuniti setempat.

Di samping itu, pihak pengurusan Pusat Internet PPR Kg Baru Air Panas turut dijemput bagi memberi sedikit taklimat berkaitan Klik Dengan Bijak (KDB). Tujuan taklimat ini diadakan untuk memberi pendedahan kepada komuniti terutama warga emas tentang penggunaan internet dengan bijak. Selain itu, pihak pengurusan Pusat Internet juga mengadakan kempen Kebebasan Bersuara bukan Kebebasan Berbohong sepanjang aktiviti berlangsung.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali