English Fiesta 2020

9 Mac 2020 | Aktiviti Terkini

English Fiesta 2020 diadakan pada 8 March 2020 bertempat di Masjid Jamiul Ehsan, Kubu Gajah. Program ini bertujuan untuk memupuk semangat penduduk kampung tentang kepentingan penggunaan Bahasa Inggeris dalam kehidupan seharian. Selain itu, program ini juga diadakan untuk memupuk semangat perpaduan dalam kalangan penduduk kampung dengan penglibatan daripada pelbagai pihak. Penglibatan daripada beberapa pihak seperti Pusat Internet Kg Kubu Gajah dengan membuka booth untuk penduduk kampung.

Pelbagai aktiviti yang dianjurkan oleh Pusat Internet Kg Kubu Gajah untuk menarik minat penduduk kampung mengguakan perkhidmatan yang disediakan oleh pusat internet. Antara aktivitinya adalah work search, typing rapid, e-Waste dan sebagainya. Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada komuniti tentang penggunaan komputer dan internet dengan betul.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali