Bengkel Asas Merakam Gambar Potret

19 Julai 2020 | Aktiviti Terkini

Kakkin Perfect Photography dengan kerjasama Pengurusan Pusat Internet PPR Kg. Baru Air Panas telah mengadakan Bengkel Asas Merakam Gambar Potret pada 18 Julai 2020 (Sabtu) bertempat di Bilik Training Pusat Internet PPR Kg. Baru Air Panas. Seramai 3 orang peserta telah mengikuti bengkel ini dengan pematuhan SOP yang ditetapkan oleh kerajaan sepanjang tempoh PKP.

Bengkel Asas Merakam Gambar Potret ini yang diterajui oleh En. Abas Hassan diadakan bagi tujuan mengajar para peserta cara bagaimana untuk mengambil gambar potret dengan pencahayaan yang tepat. Bengkel yang berlangsung selama 3 jam ini terbahagi kepada 2 bahagian iaitu teori dan praktikal

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali