Train The Trainer (TTT); Basic Shopee Seller Course

12 November 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 10 dan 11 November 2020 yang lalu, telah berlangsung kursus Train The Trainer (TTT); Basic Shopee Seller course secara atas talian. Kursus ini melibatkan peserta dari pihak pengurusan pusat internet iaitu pengurus dan penolong pengurus dibawah pengurusan Nera Infocom. Tujuan kursus ini diadakan adalah untuk membimbing para peserta mahir dalam menggunakan aplikasi Shopee terutama dalam penjualan atas talian.

Kursus yang berlangsung selama 3 jam ini dibekalkan dengan modul dan latihan praktikal kepada para peserta agar lebih memahami secara terperinci intiparti kursus dijalankan. Para peserta berharap agar kursus ini dapat melahirkan lebih ramai usahawan digital daripada komuniti setempat dengan menyertai aktiviti yang dianjurkan oleh pengurusan pusat internet masing – masing.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali