Bual Santai KDB bersama Pusat Internet Komuniti PPR Kg Batu Muda -Buli Siber

13 September 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 12 September 2021, telah berlangsung program Bual Santai KDB (Klik Dengan Bijak) bersama PIK PPR Kg Batu Muda. Program KDB kali ini bertujuan untuk memberi pendedahan berkaitan “Buli Siber”. Bual Santai ini diadakan secara langsung di laman sesawang Facebook PIK PPR Kg Baru Air Panas.

Program secara santai ini mengupas topik Buli Siber yang terjadi dalam norma baharu ini. Pada akhir program ini, para penonton didedahkan dengan tips yang perlu dielakkan daripada menjadi pembuli siber. Pada penonton juga dapat menambah ilmu pengetahuan bagaimana untuk mencegah buli siber ini daripada terus berlaku dalam masyarakat kita.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali