Kuiz Klik Dengan Bijak (KDB) Februari 2021

18 Februari 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 17 Februari 2021 yang lalu, telah berlangsungnya aktiviti Kuiz Klik Dengan Bijak (KDB) secara atas talian di laman sesawang Facebook Pusat Internet Komuniti (PIK) PPR Kg Baru Air Panas. Kuiz KDB ini dibuka selama 2 hari untuk memberi peluang kepada komuniti untuk menyertai aktiviti ini

Kuiz KDB ini dijalankan adalah bertujuan untuk memberi pendedahan kepada komuniti terutama kepada pengikut Facebook PIK berkaitan dengan KDB. Selain itu, aktiviti ini juga dilaksanakan untuk mengetahui sejauh mana kita sebagai pengguna yang bertanggungjawab dalam melayari internet mahupun media sosial.

Kenalpasti maklumat itu sahih atau sebaliknya. Tidak Pasti Jangan Kongsi

Klik Dengan Bijak!

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali