Pelancaran #PAWE Bertadarus 2021

22 April 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 21 April 2021, yang lalu telah berlangsungnya majlis pelancaran #pawe bertadarus 2021 yang bertempat di blok D PPR Kg Baru Air Panas. Pusat Aktiviti Warga Emas Setiawangsa telah menjadi tuan rumah untuk majlis pelancaran #pawe bertadarus. Pelbagai aktiviti dijalankan ketika upacara pelancaran ini, seperti persembahan bacaan AL Quran oleh ahli PAWE Setiawangsa, jualan hasil produk rakan PAWE , acara gotong royong bubur lambuk dan sesi tadarus Al Quran ahli pawe.

Pusat Internet Komuniti PPR Kg Baru Air Panas juga telah dijemput oleh pihak PAWE untuk bersama dalam menguruskan majlis pelancaran ini. Pihak PIK telah membantu pihak PAWE dalam mencipta logo untuk ditampal di bubur lambuk, selain itu juga Pihak PIK juga telah diberi mandat untuk menguruskan sesi pendaftaran ketika majlis Pelancaran ini dilaksankan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali