Sesi Perkongsian Bertajuk “Wanita, Remaja Dan ICT “ Anjuran MCMC 2021

1 Mei 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 30 april 2021 (jumaat) satu seminar telah dianjurkan oleh pihak MCMC melalui aplikasi ZOOM dan fb live. Sesi ini diadakan sebagai salah satu aktiviti sambutan Girl's in ICT 2021, iaitu program tahunan yang diadakan oleh Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa (ITU) sejak 10 tahun lalu dan diraikan di seluruh dunia. Menyedari kemampuan dan kekuatan yang dimiliki oleh golongan remaja dan belia wanita, Malaysia, di bawah penyelarasan Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM), meraikan inisiatif ini pada tahun ini melalui kolaborasi dengan rakan kerjasama dan sektor korporat. Ini adalah kerana pemerkasaan remaja dan belia wanita dalam industri Komunikasi dan Teknologi Maklumat (ICT) bersama-sama dengan bidang yang berkaitan dengan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) amat penting dalam meningkatkan kesetaraan gender di Malaysia.

Objektif program ini adalah untuk:

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali