Penyerahan Peranti Program #MyBaikHati (Maxis)

3 Disember 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 2 Disember 2021, telah berlangsung Penyerahan Peranti Program #MyBaikHati (Maxis) bertempat di Pusat Ekonomi Digital (PEDi) PPR Kg Baru Air Panas. Seramai 7 orang penerima B40 telah terpilih untuk menerima peranti yang dianjurkan oleh syarikat telekominukasi Maxis.

Program #MyBaikhati merupakan program dibawah Jaringan Prihatin yang bertujuan memperkukuh daya saing negara dengan mengurangkan jurang digital di kawasan pedalaman, pinggir bandar dan bandar. Kempen yang menggunakan konsep crowdsourcing ini akan membabitkan pengumpulan sumbangan alat peranti terpakai daripada syarikat perniagaan dan individu melalui cawangan terpilih enam syarikat telekomunikasi.

Terdapat beberapa buah PEDi di PPR Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang terpilih bagi menjayakan program ini.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali