Pelancaran Maxis eKelas – Cabaran STEM, Misi Jelajah Digital

5 September 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 4 September 2021, telah berlangsung majlis Pelancaran Maxis eKelas – Cabaran STEM, Misi Jelajah Digital secara atas talian. Pelancaran ini diadakan secara langsung dengan menggunakan platform Webinar dan Youtube.

Misi Jelajah Digital ini merupakan sebuah pertandingan penjelajahan atas talian yang dianjurkan oleh Maxis eKelas untuk semua pelajar yang telah berdaftar di dalam portal. Ianya merupakan kombinasi modul pelajaran, bengkel secara langsung dan pertandingan berasaskan tugasan yang menumpukan kepada kemahiran dalam bidang STEM.

Para pelajar yang mengambil bahagian boleh memenangi hadiah daripada eKelas, dapat mengumpul markah PAJKS atau kokurikulum di sekolah dan dapat menerima sijil penyertaan dan pencapaian.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali