Wawancara Rtm Bersama Pemenang Pertandingan Foto Sedunia 2020

11 April 2021 | Aktiviti Terkini

Pada hari Sabtu lepas, telah berlangsungya pengembaraan wawancara RTM bersama Pemenang Pertandingan Foto Sedunia 2020 di Pusat Internet Komuniti (PIK) PPR Kg Baru Air Panas. Wawancara ini diadakan adalah kerana Kak Kin, salah seorang Pemenang Pertandingan Foto Sedunia 2020 kerana foto yang diambil oleh beliau terpilih untuk menghiasi kalender Pertubuhan Bangsa – Bangsa (PBB) tahun 2021. Kak Kin juga merupakan komuniti yang sering mengunjungi PIK untuk melakukan kerja dengan menggunakan perkhidmatan yang disediakan oleh PIK. Antara perkhidmatan yang digunakan ialah mengakses internet, perkhidmatan fotokopi, sewaan bilik latihan dan sebagainya. Kami sebagai staf PIK amat bangga dengan kejayaan yang dicapai oleh Kak Kin. Harapan kami, semoga Kak Kin terus maju jaya dalam apa jua bidang yang diceburinya.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali