Video KDB – Semak Fakta

8 Jun 2022 | Aktiviti Terkini

Maklumat yang diterima melalui media sosial dan aplikasi mesej tidak selalunya benar dan tepat, meskipun ia dihantar oleh orang yang dikenali.

Pada 7 Jun lalu, PEDi PPR Kg Baru Air Panas telah mengadakan aktiviti atas talian iaitu tayangan video Klik Dengan Bijak (KDB). Tajuk KDB pada kali ini adalah Semak Fakta. Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk menyampaikan maklumat kepada pengguna internet supaya bijak dalam menyampaikan atau menerima sebarang maklumat di internet. Sebagai pengguna yang bijak, kita perlu kaji dahulu fakta atau maklumat yang diterima adalah benar atau palsu.

Jadilah pengguna yang bijak. Klik Dengan Bijak.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali