Bengkel Kecantikan dan Keusahawanan

16 April 2022 | Aktiviti Terkini

Sama ada wanita mahupun golongan lelaki, penjagaan wajah kini sudah menjadi salah satu aspek penting bagi setiap individu. Pada 15 April lalu, telah berlangsung bengkel Kecantikan dan Keusahawanan di PEDi PPR Kg Baru Air Panas dengan kerjasama Mierza Beauty & Image.

Seramai 11 orang peserta yang menyertai bengkel ini. Para peserta diajar cara mencuci muka dengan kaedah yang betul. Peserta dibekalkan dengan bahan – bahan penjagaan muka jenama Mary Kay. Peserta juga didedahkan untuk menjadi usahawan digital yang dianjurkan oleh pihak penceramah. Pada akhir kelas, peserta juga didedahkan cara untuk berhias dengan adanya “tutorial make up”.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali