Program Penyerahan Tablet Bersama MCMC WPSO

16 Ogos 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 15 Ogos 2022 lalu, pihak MCMC Pejabat Wilayah Persekutuan (WPSO) telah membuat penyerahan peranti tablet dibeberapa Pusat Ekonomi Digital (PEDi) yang terpilih. PEDi PPR Kg Baru Air Panas telah terpilih untuk menerima 15 buah peranti tablet. Wakil Maxis sebagai penyelia perkhidmatan turut hadir dalam majlis penyerahan ini.

Penggunaan Peranti Tablet di PEDi merupakan salah satu inisiatif daripada MCMC bagi memberi kemudahan kepada pengguna yang menjadi ahli PEDi untuk mengakses perkhidmatan jalur lebar menggunakan peranti tablet yang disediakan di PEDi.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali