Program Bijak Matematik

25 Julai 2022 | Aktiviti Terkini

PEDi PPR Kg Baru Air Panas dengan Kerjasama VBrain Resources telah mengadakan program Bijak Matematik pada 24 Julai 2022 yang lalu. Program ini berlangsung selama tiga jam di bilik latihan PEDi PPR Kg Baru Air Panas.

Tujuan program ini dijalankan adalah untuk membantu pelajar – pelajar sekitar PEDi meningkatkan kefahaman tentang subjek Matematik. Para pelajar dibekalkan dengan modul yang disediakan oleh cikgu Nazihah. Seramai 3 orang pelajar yang menyertai program ini. Pada akhir program, para pelajar dapat memahami dengan lebih terperinci tentang pengiraan dan hafalan sifir.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali