Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri PAWE

27 Mei 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 26 Mei 2022, telah berlansung program rumah terbuka aidilfitri yang dianjurkan oleh Pusat aktiviti warga Emas Setiawangsa (PAWE). Sambutan hari raya ini telah berlangsung dengan meriahnya bermula dari jam 2.00 petang sehingga 5.00 petang. Seramai 56 orang pengunjung yang merupakan ahli PAWE dan penduduk setempat yang telah hadir di rumah terbuka hari raya ini.

Pelbagai aktiviti yang menarik telah diadakan sepanjang rumah terbuka ini, antaranya aktiviti merewang menyiapkan juadah Hari Raya, pertandingan pakaian tradisional antara umur 50 tahun dan 60 tahun keatas dan sambutan hari jadi ahli-ahli Pawe yang lahir pada bulan jan hingga mei. PEDi juga turut dijemput untuk menguruskan majlis hari raya ini supaya berjalan lancar. Petugas PEDi membantu dalam melancarkan urusan pendaftaran peserta, dan menjalankan program advokasi.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali