Program Pemerkasaan Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Wilayah Persekutuan Tahun 2022

28 Mei 2022 | Aktiviti Terkini

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah mengadakan Program Pemerkasaan PEDi peringkat Wilayah Persekutuan di Avillion Admiral Cove, Port Dickson. Program ini berlangsung selama dua (2) hari secara hybrid di mana Pengurus PEDi menghadiri program ini secara fizikal dan Penolong Pengurus PEDi hadir secara dalam talian menerusi aplikasi Zoom.

Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberi taklimat berkaitan hala tuju PEDi dalam usaha memacu pembangunan teknologi komunikasi dan sekaligus melonjakkan ekonomi digital negara. Selain itu, program ini memberi kefahaman jelas kepada para peserta mengenai transformasi PEDi yang dahulunya dikenali sebagai Pusat Internet Komuniti (PIK) serta memberi pendedahan kepada program inisiatif lain di bawah kelolaan MCMC seperti PUPUK, PAKEJ, PUDO, MIV dan sebagainya.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali