Warga Emas Sihat & Aktif

7 Ogos 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 6 Ogos 2022, telah berlangsung Program Warga Emas Sihat & Aktif di padang PPR Kg Baru Air Panas anjuran Panel Penasihat Kinik Kesihatan Setapak bersama PAWE Setiawangsa.

Pelbagai aktiviti yang dijalankan semasa program ini berlangsung. Antaranya adalah 'ageing process' yang membawa pelbagai cabaran kepada warga emas dari segi kesihatan fizikal, mental, emosi, dan sosial. Tujuan program ini diadakan adalah untuk warga emas mempersiapkan diri mereka dengan ilmu bagi menghadapi cabaran di usia emas agar kualiti hidup kekal tinggi.

Petugas PEDi juga melibatkan diri dalam program ini bagi mempromosikan fungsi PEDi kepada komuniti setempat disamping dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara komuniti PPR Kg Baru Air Panas.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali