Majlis Khatam Tadarus Al – Quran, Berbuka Puasa dan Sumbangan Nur Ramadan

24 April 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 23 April lalu, seramai 10 orang anak yatim telah menerima sumbangan dalam Majlis Khatam Tadarus Al – Quran, Berbuka Puasa dan Sumbangan Nur Ramadan anjuran PAWE dan PEMADAM Setiawangsa. Menurut En Hussin, Pengerusi PAWE, majlis ini juga diadakan untuk meraikan ahli PAWE seramai 33 orang yang menyertai acara tadarus kerana telah berjaya khatam Al –Quran.

Majlis ini bermula pada pukul 5:00 petang dan berakhir pada pukul 8:00 malam diisi dengan pelbagai aktiviti seperti bacaan suci ayat Al – Quran, tazkirah dan menyampaikan sumbangan serta cenderahati kepada ahli tadarus dan tetamu jemputan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali