Program Digital Marketing Bersama Usahawan

19 Ogos 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 18 August 2018 yang lalu, Pusat Internet PPR Kg. Baru Air Panas telah bekerjasama menganjurkan program Digital Marketing Bersama Usahawan dan bakal usahawan sekitar PPR Kg. Baru Air Panas. Program ini telah disertai lebih 15 orang uasahawan dan bakal usahawan yang berminat dalam menjana pendapatan yang berlipat kali ganda. Program ini dilaksanakan bertujuan untuk memdedahkan kepada usahawan dan bakal usahawan mengenai kepentingan digital marketing dalam dalam bidang perniagaan.

Selain itu, fungsinya kepada usahawan dan bakal usahawan dalam menambahkan pendapatan serta jualan mereka dengan hanya menggunakan platform seperti media sosial. Disamping itu, dapat membuka mata mata bakal-bakal usahawan serta usahawan untuk mengetahui lebih dalam mengenai cara yang betul untuk melakukan promosi yang betul dan berkesan bagi jenis perniagaan dan perkhidmatan yang mereka tawarkan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali