Pendidikan
Sekolah Menengah Kebangsaan (Perempuan) Air Panas
Sekolah Menengah Kebangsaan Perempuan Air Panas merupakan sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan yang terletak di Jalan Ayer Cetek, Setapak, Kuala Lumpur. SMK (P) Air Panas ditubuhkan. Pada ketika itu, sekolah ini menumpang di SM (P) Ampang dan dikenali sebagai SM Perempuan (2) Jalan Ampang. Kelas-kelas yang wujud ialah Tingkatan 1, 2 dan 3. Oleh sebab kekurangan bilik darjah, mereka terpaksa mengendalikan 4 buah kelas lagi di SM (L) Jalan Ampang. Pengetua pada ketika itu ialah Puan Hannah Edith David. Pada bulan Mac, sekolah ini telah berpindah ke bangunan baru yang terletak di Air Panas, Setapak dan dikenali sebagai SMK (P) Air Panas. Pada masa itu, hanya terdapat 3 blok bangunan iaitu blok A, B dan C. Sehingga 2015, jumlah bilangan guru di SMK (P) Air Panas ialah seramai 78 orang, manakala mempunyai 11 orang kakitangan sokongan dan bilangan semua pelajar ialah sebanyak 986 orang dengan bilangan kelas sebanyak 35 kelas.
Taman Sang Kancil Air Panas
Tadika Taman Sang Kancil Air Panas terletak di Blok D-G-4 & D-G-5 PPR Ayer Panas, Jalan Usahawan 6, Setapak 53200 Kuala Lumpur. Antara tujuan penubuhan tadika ini adalah bagi memastikan pelajar Tadika Sang Kancil dapat mengenal huruf dan angka dalam tempoh 6 bulan pembelajaran. Selain itu, kanak-kanak ini terdiri daripada umur 4 tahun dan 5 tahun. Mereka diberi asas dan persediaan yang lengkap sebelum memasuki kea lam persekolahan. Tadika Taman Sang Kancil Air Panas mempunyai 2 orang tenaga pengajar dan seramai hampir 30 orang pelajar.