Kawasan Rekreasi Dan Pelancongan
KL Festival City
KL Festival City ini agak istimewa kerana kewujudannya yang terletak di tengah-tengah kawasan yang sedang membangun dan merupakan destinasi pelancongan yang utama. KL Festival City yang beralamat di 67, Jalan Taman Ibu Kota, Taman Danau Kota, Setapak, 53300 Kuala Lumpur. KL Festival City, telah dibina di atas tanah seluas 8 ekar dengan kos sebanyak RM 215 juta oleh Parkson Holdings (PHB) dan secara rasmi dibuka pada 20 Oktober 2011 dengan pembukaan secara besar-besaran diadakan pada 9 Mac 2012. Pembukaan KL Festival City juga menandakan satu pencapaian baru untuk FB dengan kemasukannya ke dalam pengurusan pusat membeli-belah. Sejak itu, ia telah menjadi satu mercu tanda baru di Jalan Genting Klang dan tempat popular di kalangan pelajar kolej dan juga penduduk yang tinggal berhampiran.
Uptown Danau Kota
Selain daripada KL Festival City yang terkenal disini, Uptown Danau Kota juga menjadi tempat tarikan orang ramai sekitar Kuala Lumpur. Tarikan utama yang boleh didapati di uptown adalah, aksesori handphone seperti kabel/screen protector/car charger, baju kanak-kanak, jersi bola, custom, vaporizer aksesori, barang replika dan lain-lain lagi. Harga yang ditawarkan disini juga berpatutan dan mampu milik. Selain daripada itu, makanan yang dijual juga lazat dan beraneka jenis. Di samping itu, terdapat juga karaoke terbuka sebagai tarikan hiburan di sini. Secara keseluruhan, suasana di Uptown Danau Kota perlu dialami secara sendiri untuk mendapat pengalaman sebenar. Uptown Danau Kota mampu menjadi tempat tarikan pelancong dan juga penduduk sekitar.
Gelanggang Futsal
Di PPR Kg. Baru Air Panas, terdapat juga gelanggang futsal yang beroperasi setiap hari bermula dari jam 10 pagi sehingga 12 malam. Tiada bayaran yang dikenakan disini. Gelanggang ini digunakan oleh penduduk setempat sebagai salah satu cara beriadah. Dengan adanya Gelanggang futsal ini, sedikit sebanyak dapat menanam minat sukan dikalangan penduduk sekitar.