Sosioekomoni Dan Keusahawanan
Pengusaha kedai makan
Pengusaha kedai makan yang di usahakan oleh Pak Din ini semakin mendapat sambutan tidak hanya dari penduduk setempat, tetapi juga dari kawasan sekitar. Dalam kawasan Pusat Penjaja PPR Kg. Baru Air Panas, beliau memiliki sebuah gerai makanan yang diusahakan bersama keluarganya. Tambahan pula beliau bukan hanya menyediakan makanan sarapan pagi tetapi gerai makanan Pak Din juga menyediakan nasi campur untuk hidangan tengahari. Pelbagai lauk yang tersedia dan mampu menggamit sesiapa sahaja yang lalu dihadapan kedai beliau. Untuk sebarang tempahan, boleh di terus ke gerai dan berbincang dengan lebih lanjut.
Kedai Runcit
Puan Noreta Binti Nasir telah mengusahakan KBE Mart Enterprise yang terletak di bawah blok E, PPR Kg. Baru Air Panas. Kedai ini menjual barangan runcit seperti beras, gula, garam, gas memasak, serbuk kopi, serbuk teh dan sebagainya. Terdapat juga barangan basah seperti ikan, udang, sotong dan sayur-sayuran yang dijual pada setiap pagi. Selain itu, kedai runcit ini juga menjual makanan segera seperti gula-gula, makanan ringan, air botol dan air kotak, pelbagai jenis roti dan serbuk air pra-campuran.
Kedai Jahit
Saliana Collection yang telah diusahakan oleh Kelusom Binti Ismail mula beroperasi pada penghujung tahun 2015, yang dibuka berdekatan dengan kedai runcit KBE Mart Enterprise. Kedai jahit ini menerima tempahan untuk semua jenis baju dan kain. Dengan menggunakan dua khidmat tukang jahit, Saliana Collection sudah menerima banyak tempahan membuat pakaian dari penduduk tempatan dan juga pengunjung dari luar. Tempahan boleh dibuat dengan menghubungi Encik Zakaria di talian 013-3047138
Termasuk juga didalam kategori ini segala bentuk pekerjaan (perikanan, perladangan, pertanian, kedai runcit, bengkel, hasil kraf, etc) yang di usahakan oleh penduduk setempat. Sertakan sekali no telefon dan alamat agar pengguna yang berminat boleh membuat tempahan.