Program Latihan Kebakaran Bersama Komuniti Dan PI Parlimen Setiawangsa P.118
29 April 2018 | Aktiviti TerkiniPada 28 April 2018 yang lalu, Komuniti PPR Kg. Baru Air Panas telah bekerjasama dengan Persatuan Penduduk PPR Kg. Baru Air Panas, semua Pusat Internet dibawah Parlimen Settiawangsa dan Bomba dari cawangan Setapak bagi menjayakan Program Latihan Kebakaran Bersama Komuniti Dan Pi Parlimen Setiawangsa P.118. Tujuan program ini diadakan adalah untuk melatih peserta agar peka dengan keselamatan ketika menghadapi kebakaran di tempat kerja, rumah dan sebagainya. Latihan seperti ini dapat melatih petugas Pusat Internet tentang kaedah untuk menyelamatkan diri ketika berlaku kebakaran di dalam bangunan. Selain itu, dapat memberi pengalaman langsung kepada petugas Pusat Internet untuk merasai bahayanya kebakaran.
Disamping itu, latihan ini dapat memberi peluang kepada petugas Pusat Internet untuk mengenali lebih rapat lagi tentang agensi kerajaan yang bertanggungjawab dalam menjaga keselamatan dan pencegahan kebakaran. Antara program yang dijalankan adalah ceramah mengenai cara memadamkan api dengan betul dan menggunakan bahan yang betul serta tidak merbahayakan. Selain itu, pihak bomba juga melakukan demonstrasi memadamkan api dan juga memberi peluang kepada orang awam untuk mencuba.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: