Program Hari Terbuka PI Parlimen Setiawangsa P.118

29 April 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 28 April 2018 yang lalu, Komuniti PPR Kg. Baru Air Panas telah bekerjasama dengan Persatuan Penduduk PPR Kg. Baru Air Panas, Pemadam, semua Pusat Internet dibawah Parlimen Settiawangsa, Kementerian Kesihatan Malaysia, Bomba dan pihak DBKL bagi menjayakan program Hari Terbuka Pi Parlimen Setiawangsa P.118 khusus untuk Komuniti PPR Kg. Baru Air Panas dan penduduk sekitarnya. Tujuan program ini diadakan adalah untuk merapatkan hubungan antara pihak persatuan, DBKL, Pi1M dengan masyarakat setempat. Selain itu, program ini juga bertujuan untuk memberi pendedahan kepada 250 orang peserta menerusi kempen Advokasi seperti Klik Dengan Bijak (KDB) mengenai penyalahgunaan internet di kalangan kanak-kanak, remaja dan dewasa melalui ceramah KDB dan tayangan video.

Selain itu, mensasarkan 25 orang bakal usahawan dengan menganjurkan program dan taklimat bersama usahawan sedia ada sekitar kawasan Parlimen Setiawangsa. Antara program yang dijalankan adalah Antara Program yang dirancang adalah seperti pendaftaran keahliah secara percuma, tayangan video Klik Dengan Bijak (KDB), taklimat e-sisa dan penyerahan barangan e-sisa ke dalam kotak esisa. Kuiz dan permainan berkaitan ICT & KDB menggunakan netbook untuk belia dan warga emas, taklimat keusahawanan dan juga menarik pelajar tingkatan 1,2 & 3 untuk mendaftar di Portal eKelas Maxis. Selain itu, terdapat juga pameran dari agensi-agensi kerajaan dan NGO..

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali