Program eUsahawan MDEC dan Alumni Majlis Perwakilan Pelajar UiTM Malaysia (PIMPIN)

7 Oktober 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 6 Oktober 2018 yang lalu, Pusat Internet PPR Kg. Baru Air Panas telah bekerjasama menganjurkan program eUsahawan bersama MDEC dan Alumni Majlis Perwakilan Pelajar UiTM Malaysia (PIMPIN). Program ini telah telah diadakan di Pusat Internet PPR Kg. Baru Air Panas, Setapak, Kuala Lumpur. Program ini telah disertai lebih 30 orang uasahawan dan bakal usahawan yang berminat dalam menjana pendapatan yang berlipat kali ganda sekitar Kuala Limpur. Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia atau lebih dikenali sebagai MDEC telah melancarkan program eUsahawan pada tahun 2015 dengan tujuan untuk memberi pendedahan dan memurnikan inspirasi keusahawanan digital dalam kalangan belia Malaysia dan para usahawan mikro Perusahaan Kecil dan Sederhana untuk menjana pendapatan lumayan menerusi platform digital.

Program eUsahawan menawarkan satu dunia ilmu keusahawanan untuk diterokai oleh mereka yang berani berubah dan berminat untuk mengembangkan sayap di alam perniagaan. Para peserta akan diberi pendedahan terhadap teknik pemasaran digital yang efektif, praktikal dan relevan dalam dunia semasa. Selain itu, Objektif jangka panjang program eUsahawan adalah untuk memberi pendedahan kepada peserta tentang keusahawan digital, seterusnya membolehkan mereka untuk memanfaatkan kuasa platform digital untuk mengembangkan perniagaan mereka selaras dengan agenda ekonomi digital negara.

Disamping itu, dapat membuka mata mata bakal-bakal usahawan serta usahawan untuk mengetahui lebih dalam mengenai cara yang betul untuk melakukan promosi yang betul dan berkesan bagi jenis perniagaan dan perkhidmatan yang mereka tawarkan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali