Program Bual Santai KDB (Maklumat Palsu )
21 November 2020 | Aktiviti TerkiniPada 20 november 2020 yang lalu, satu program bual santai KDB ( Maklumat Palsu ) secara atas talian telah dilaksanakan olek PIK PPR Kg Baru Air Panas, program,ini berlangsung dengan mengunakan aplikasi streamyard dan facebook live kerana PIK masih lagi tidak dapat beroperasi ketika PKPB ini. Program bual santai ini dilaksanakan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada masyarakat tentang keburukan jika kita menyebarkan maklumat palsu, dan memberi pendedahan kepada masyarakat kita haruslah memastikan info yang bakal dikongsi itu adalah sahih dengan merujuk di platform yang boleh dipercayai seperti contoh aplikasi Sebenarnya.my.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: