Pocket Talk CFM Bersama PIK Kuala Kumpur

19 September 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 18 September 2021, Communications & Multimedia Comsumer Forum of Malaysia (CFM) telah mengadakan program Sesi Perkongsian Ilmu bersama PIK Kuala Lumpur & Putrajaya. Program ini berlangsung secara atas talian dengan menggunakan platform Google Meet. Sebanyak 11 buah PIK yang mengambil bahagian dalam program ini.

Program ini diadakan bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat terutama pengguna mengenai kewujudan dan peranan CFM dalam industri Komunikasi Multimedia di Malaysia. Selain itu, CFM juga memaklumkan prosedur untuk menuntut pampasan atau sebarang bentuk tindakan lain kepada pengguna dalam kes melanggar kod.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali