Amalkan Tips “AACCO” Dalam Menyebarkan Berita
4 Februari 2021 | Aktiviti TerkiniTips AACCO dalam Menyebarkan Berita:
- Apakah fakta yang anda dapat? Adakah maklumat tersebut berdasarkan pandangan peribadi atau pengalaman penulis sahaja atau kajian – kajian yang telah diiktiraf?
A (ACCURACY) KETEPATAN
- Siapakah pengarang artikel atau berita tersebut? Adakah dia seorang yang berwibawa? Diterbitkan atau ditulis oleh agensi yang bertanggungjawab? Atau individu yang tiada kaitan serta tiada latar belakang yang bersesuaian dengan berita yang ditulis?
A (AUTHORITY) KEWIBAWAAN
- Apakah topik yang dibincangkan oleh sumber tersebut secara mendalam atau ringkas sahaja? Sekiranya agak ringkas, anda mungkin boleh mempertimbangkan untuk mempercayai atau tidak
C (COVERAGE) LIPUTAN
- Lihat tarikh berita atau sumber cerita tersebut diterbitkan? Sekiranya ditulis 10 tahun lepas mungkin sudah tidak berapa relevan
C (CURRENCY) TEMPOH MASA
- Apakah objektif penulisan tersebut? Adakah ada maksud tersirat? Untuk menimbulkan panik? Viral? Naikkan followers atau menjadi jaguh papan kekunci? Jika tiada manfaat yang jelas, eloklah tidak dikongsi atau disebar berita tersebut
O (OBJECTIVE) MATLAMAT
Kenalpasti maklumat itu sahih atau sebaliknya. Tidak Pasti Jangan Kongsi
Klik Dengan Bijak!
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: