Kelas ICT Individual – Email

6 April 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 5 April 2021, pihak pengurusan Pusat Internet Komuniti PPR Kg Baru Air Panas telah mengadakan Kelas ICT secara individual. Tujuan kelas ini diadakan untuk membantu peserta cara mengendalikan email secara menyeluruh dengan menggunakan aplikasi Gmail.

Pihak staf pengurusan telah menerangkan kepada peserta cara melampirkan dokumen, cara menulis subjek dengan betul dan juga cara menyemak email sama ada telah dihantar atau masih tidak. Pada akhir kelas, para peserta telah berjaya menggunakan emel dengan betul dan tiada masalah untuk berurusan menggunakan email selepas ini

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali