Pakej Langganan Internet
9 November 2021 | Aktiviti TerkiniPakej Langganan Internet adalah inisiatif melalui Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) dengan kerjasama syarikat penyedia perkhidmatan bagi membantu golongan remaja dan pelajar memperoleh akses internet di samping membantu mereka yang kurang berkemampuan untuk memiliki peranti pintar mampu milik. Pakej ini bermula dari 15 Oktober 2021 sehingga 15 April 2022 dimana terdapat 2 pakej yang ditawarkan.
Berikut merupakan keterangan untuk pakej ini;
- Pakej Remaja - Golongan remaja dapat memanfaatkan kemudahan dan melancarkan sesi pembelajaran serta urusan seharian.
- RM30 dengan 20 GB data untuk 3 bulan. (50% lebih murah dari pakej sedia ada)
- 30GB data percuma sebulan untuk 3 bulan untuk aktiviti produktiviti. (1 GB setiap hari)
- Pakej prabayar untuk golongan remaja dan pelajar.
- Internet asas tanpa had.
- Pakej Peranti - Kemudahan keluarga untuk memiliki alat peranti pintar agar tidak ketinggalan dalam meneruskan kelangsungan hidup.
- Peranti mudah alih 4G dan VoLTE.
- RM0 untuk peranti yang dapat dimiliki dengan langganan bulanan serendah RM40 sebulan. (kontrak selama 12-24 bulan)
- 30GB data percuma sebulan untuk aktiviti produktiviti. (1 GB setiap hari)
Berikut adalah gambar penerangan tentang Pakej Langganan Internet :