Kelas ICT Microsoft Word

27 Januari 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 25 & 26 Januari 2021 yang lalu, telah berlangsungnya Kelas ICT Microsoft Word bertempat di Pusat Internet Komuniti PPR Kg Baru Air Panas. Kelas ini telah berlangsung selama 1 jam dengan penglibatan peserta yang telah membuat temujanji terlebih dahulu. Objektif kelas ini dijalankan adalah untuk membantu komuniti yang tidak mahir dalam mengendalikan perisian Microsoft Word. Selain itu, kelas ini juga dilaksanakan bagi membantu komuniti dalam membuat, mengedit, dan memformat dokumen bertulis. Sebagai contoh, surat formal, resume, artikel dan laporan harian.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali