Kelas ICT E-Learning – Mengendalikan Aplikasi Lalamove

12 Jun 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 11 Jun lalu, PEDi PPR Kg Baru Air Panas telah mengadakan kelas ICT secara individu. Kelas ini diadakan untuk memberi tunjuk ajar kepada peserta mengendalikan aplikasi Lalamove. Lalamove adalah salah satu aplikasi khidmat penghantaran untuk menghantar barang dari titik A ke titik B. Teknologi aplikasi telefon pintar dan rangkaian internet yang semakin maju telah mengubah cara-cara kita melihat dan menguruskan penghantaran.

Pada akhir kelas ini, peserta dapat mengendalikan aplikasi ini dengan baik. Puan Idawati dapat membuat tempahan penghantaran untuk menghantar produknya kepada pelanggan beliau. Dengan ciri-ciri penghantaran dalam masa sejam, GPS tracking, sistem rating dan khidmat membeli dengan Buy4U memudahkan urusniaga Puan Idawati berniaga secara atas talian.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali