Bicara Klik Dengan Bijak Siri 9/2022

15 Jun 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 14 Jun 2022 lalu, telah berlangsung program Bicara Klik Dengan Bijak (KDB) secara atas talian menerusi laman sesawang Facebook Klik Dengan Bijak. Pada kali ini, tajuk yang dikupaskan adalah Awas! Jangan Terpedaya Penipuan Kewangan Dalam Talian yang disampaikan oleh ahli panel, En. Mohd IZwan Ismail.

Tajuk sesi pada kali ini lebih tertumpu kepada penipuan E – dagang iaitu pembelian dalam talian. Para penonton juga diberi pendedahan kaedah – kaedah penipuan E – dagang dan tips keselamatan untuk mengelakkan diri daripada ditipu. Pada akhir program ini, para penonton dapat meningkatkan pengetahuan sekaligus dapat memberi kesedaran kepada orang ramai jangan mudah terpedaya dengan sesuatu perkara terutama dalam penipuan E – dagang.

Jangan lupa, Klik Dengan Bijak.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali